Thursday, April 7, 2011

Demam : Percikan Api Neraka?

salam kawan- kawan semua .. nadia jumpa satu artikel kat page iluvislam yang ditulis oleh Hafizuddin Taufik jom kite kongsi supaya semua dapat manfaatnya ye :)

Pernah tak korang demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. 
korang semua tau dan sedar tak yang bila korang demam tu , kepala korang akan rase panas right ? .. kalau korang demam tu la tandanya Allah masih sayang pada kita , sebab semasa kita sakit , Allah akan ampunkan dosa - dosa kecik kita .. macam tu la yang cikgu - cikgu nadia ajar dulu :)

heee .. kiut kan..* sumber dr Bing

 

jadi jom kita baca sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.


ü   
Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air. 
 
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.

Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi. 

* sumber dari Bing

rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati"


renung - renungkan dan selamat beramal ! 
http://www.emocutez.com




click! and nadia akan click ur hb back! :)

**dialu-alukan LIKE :B

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...